FALSAFAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Mahmud berhasrat untuk mewujudkan pembelajaran yang terkawal dan terancang untuk
memupuk dan memperkembangkan kebolehan setiap pelajar ke arah kecemerlangan yang
seimbang untuk dirinya, ibubapa, agama, masyarakat dan negara
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH
Kami sedia memberi perkhidmatan yang
mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :
- Memberi dan berusaha menyelesaikan masalahan dengan secepat mungkin
- Memberi maklumat tertentu yang diperlukan dengan cepat dan tepat
- Memastikan semua pelajar mendapat peluang belajar bermula dari sesi pertama persekolahan
- Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi
- Menyediakan tenaga guru dan tenaga sokongan yang mencukupi dan berkaitan
- Meningkatkan tahap disiplin, kesihatan dan keselamatan di sekolah
- Memberi khidmat bimbingan dan penyeliaan dalam pentadbiran dan kewangan, pengurusan kurikulum dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar
- Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan dan beramal soleh
- Kami sedia menerima teguran dan saranan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi kami.
No comments:
Post a Comment