Sunday, 1 January 2017

Tugas-Tugas Guru 2017

Tugas-Tugas Guru 2017
Para Guru... Simpan elok-elok ya!

1. APDM
http://apdm.moe.gov.my

2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/

4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my

5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/

7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my

8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

9. eGaji
http://www.anm.gov.my

10. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/

11. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my

12. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih

13. NKRA
http://nkra.moe.gov.my

14. ePIDP
https://pidp.moe.gov.my

VISI SEKOLAH:
Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH: 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga 2020
Gelombang 3: 2021 hingga 2025

5 Aspirasi sistem (KEPAK)
  1. Kualiti..
  2. Ekuiti
  3. Perpaduan
  4. Akses..
  5. Kecekapan

6 Aspirasi murid (PIE3K)
  1. Pengetahuan
  2. Identiti nasional
  3. Etika dan kerohanian
  4. Kemahiran berfikir
  5. Kemahiran memimpin
  6. Kemahiran dwibahasa

11 ANJAKAN:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakan mempelajari bahasa tambahan.
  3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
  4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
  5. Memastikan kepimimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Thursday, 24 November 2016

Sejarah

Lencana Sekolah


SMK Tengku Mahmud telah ditubuhkan pada tahun 1954, merupakan sebuah sekolah Premier dan sekolah Kluster di Daerah Besut.

Terletak di sebuah pekan iaitu Alor Lintang, yang amat mudah dihubungi oleh semua jenis pengangkutan. Keluasan kawasan sekolah adalah sekitar 40.25 ekar, berhampiran dengan sebuah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah lain serta sebuah sekolah pendidikan khas. Selain itu terdapat sebuah Pusat Kegiatan Guru yang dikenali sebagai PKG Raja bersebelahan pagar sekolah.

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1954 dan dinamakan sebagai Besut Government English School. Pengetua pertama ialah Cik Fatimah Ahmad. Pada masa ini, bilangan staf hanya 3 orang dan bilangan pelajar adalah 40 orang.

Mulai bulan Ogos 1954, sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Nasiruddin Shah yang diiringi oleh Di-Pertuan Muda, Tengku Mahmud pada 14 Ogos 1954. Bersempena nama Yang Di-Pertuan Muda inilah sekolah ini diberi nama baru iaitu Tengku Mahmood School (TMS).

Pada tahun 1965, TMS telah dipecahkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah dikenali sebagai SK Tengku Mahmud manakala sekolah menengah ialah SMK Nasiruddin Shah. Nama sekolah ini pula telah ditukarkan kepada SMK Tengku Mahmud dan kekal hingga sekarang.

Pada 9 September 2004 sambutan Jubli Emas SMKTM telah disambut dengan penuh gilang gemilang dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh (Menteri Besar Terengganu ketika itu).